
Sulit
5 tahun
Hidung Tersumbat, Sesak Nafas, Cepat Penat
Saya berusia 33 tahun, lelaki dan menghadapi masalah berikut. Masalah yang dihadapi berpanjangan selama sudah 2-3 tahun
- Sesak nafas. Rasa nafas tak cukup
- Hidung tersumbat salah satu @ dua-dua.
- Selalu kentut, sendawa
- Perut selalu rasa kembung
- Serangan Panik - bila sesak nafas
- Serangan Panif - bila terkurung dlm rumah berkunci @ dlm lif @ terkurung dlm tmpt
- Bila nafas tak cukup, selalu rasa cepat mengah. Cepat lelah. Buat kerja sikit dah penat cari nafas balik. Selalu penat. After making activities (such as running), will feel penat nafas tak cukup coz nose blocked one side.
- Makanan rasa melekat dekat tekak. Bila pegi toilet cuba ludah, keluarkan, atau bila gosok gigi, memang ada partikel makanan yang keluar (especially in the morning)
- Confirmed gerd by doc - reflux esophagitis (selepas buat ujian scope)
Ini hasil pemerhatian saya.
Saya ‘assume’ saya menghadapi dua masalah berbeza, iaitu GERD dan masalah hidung tersumbat sepanjang masa. Untuk GERD, saya menghadapinya baru sahaja dalam tempoh 2 tahun ini.
Untung masalah blocked nose, saya perasan menghadapi masalah ini sejak kecil lagi kerana selalu terjadi sehingga saya merasakan bahawa saya tidak pernah dapat bernafas dengan sempurna dari kecil lagi.
Kehadiran GERD menyebabkan masalah hidung tersumbat menjadi lebih teruk apabila ianya kekal dan langsung tidak lega sepanjang masa.
Perkongsian diatas adalah based on assumption saya sebagai pesakit.
Namun ini adalah assumption pesakit semata dah saya perlukan konsultansi doktor. Apa patut saya buat utk merawat/diagnos sebetulnya?
Masalah hidung tersumbat adalah penekanan/prioriti saya kerana ianya berlaku sepanjang masa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Ketumbuhan seperti polip
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
Penyakit diatas kesemuanya menyebabkan hidung tersumbat. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.