
Sulit
4 tahun
Hidung tersumbat waktu mengadung
Haii doc…sy skrg tngh mengadung 13weeks.dah 2minggu sy trsumbat hidung sangt x selesa buat sy ganggu emosi sy.dh brape klinik sy pergi tetap sama…sterimar pn sy dh guna ttp same.mcam mne nak hilangkan doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hidung tersumbat semasa mengandung. Untuk pengetahuan anda, hidung tersumbat adaah gejala yang sering berlaku di kalangan wanita mengandung disebabkan perubahan hormon mereka dan boleh menyebabkan sakit kepala. Beberapa wanita mengandung juga telah melaporkan kehilangan deria rasa dan bau pada minggu-minggu awal kehamilan dan akan pulih kembali selepas melahirkan anak.
Anda boleh menghidapi selsema jika anda mempunyai simptom lain seperti:
- Selalu bersin
- Hingus meleleh
- Sakit tekak
- Batuk
Simptom yang saya senaraikan tidak akan terjadi disebabkan hormon pada waktu hamil tetapi disebabkan jangkitan bakteria. Jika anda didatangi simptom demam bersama simptom yang saya senaraikan, anda mungkin menghidapi penyakit flu. Walaupun simptom flu dan selsema sama tetapi flu mempunyai simptom demam.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera jika anda mempunyai simptom-simptom ini:
- demam
- kahak dan hingus bewarna hijau atau kekuningan
- simptom berterusan selama 2 minggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.