
Sulit
4 tahun
Hilang deria bau akibat selsema
Saya mengalami batuk (berkahak) sejak akhir bulan January dan akhir-akhir ini kena selsema ( hidung tersumbat & berhingus) ini juga menjejaskan pendengaran & menyebabkan deria rasa saya kurang. Saya cuma dapat merasakan manis, masin, pedas & masam tetapi tidak dapat merasa bau makanan. Saya ingin ke klinik tetapi belum ada masa. Adakah symptom saya normal untuk pesakit selsema?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu selsema dan hilang deria bau. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik. Penyakit selsema boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Alahan
- Penyakit asma
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Sekiranya masalah selsema ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih