Sulit
3 tahun
Hilang deria bau dan rasa ketika makan serta minum
Saya baru lepas baik daripada demam selepas 5 hari demam. Tapi saya adalah masalah terhadap deria bau dan rasa. Selama ini saya demam memang takda masalah ini. Keadaan saya ketika ini baik boleh buat kerja tetapi cepat sejuk waktu malam dan hilang deria rasa serta bau. Selera makan sentiasa ada
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik. Kehilangan deria bau dan rasa merupakan sesuatu yang normal setelah atau semasa seseorang itu menghidapi demam, namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- Alahan terhadap sesuatu produk, cuaca atau persekitaran
- Penyakit asma
- Polip hidung atau jangkitan kuman/fungus
- Benda asing di dalam saluran nafas dan mulut
- Kelainan lain yang memerlukan rawatan dari doktor
- Termasuk juga gangguan psikologi (i.e. gangguan cemas, serangan panik, dll.)
Saya berharap anda jangan panik dan cuba ceritakan maslaah ini kepada kawan atau ahli keluarga yang terdekat. Namun masalah masalah diatas tetap memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulang dan mengganggu rutin harian anda.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor (secepatnya) sekiranya mengalami gejala berikut::
- Sesak nafas
- Demam
- Batuk
- Pitam
- Gangguan bau
Justeru itu, untuk mendapatkan rawatan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.