
Sulit
3 tahun
Hilang deria bau,rasa dan demam
Hi doc, saya berumur 16 tahun, baru2 ini saya kehilangan deria bau dan rasa termasuklah demam yg biasa, saya tidak mengalami batuk2 atau bersin.Tetapi deria saya hilang dan hidung saya sakit seperti air termasuk didalam hidung.Apakah puncanya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut iaitu demam, hilang deria rasa dan bau, boleh disebabkan oleh jangkitan covid-19 atau jangkitan lain. Anda perlulah merujuk kepada doktor dan menghubungi CPRC di talian 0388810200/+60178429454.
Anda perlulah mengambil ujian swab test covid dan perlu kuarantin sepanjang 2 minggu mengikut arahan yang diberikan. Sekiranya keputusan ujian anda negatif, maka anda tidak dijangkiti oleh virus Covid-19. Status anda dan ahli keluarga anda akan dikemas kini selepas anda laporkan diri kepada KKM.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sila mengikuti SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat mebantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini