Sulit
2 tahun
Hilang deria bau sahaja. RTK negatif. Tiada gejala lain
Saya wanita berusia 33 tahun. Sy mengalami demam, batuk dan selesema pada minggu lepas.Setelah sihat 5 hari, tiba² sy kehilangan deria bau. Sy cek RTK negatif. Bahagian dlm hidung terasa seperti pedih² dan ia kadang kala menyebabkan kepala sy pening. Adakah ia simptom covid atau masalah lain? Hidung sy keadaannya kering, tiada mukus dan sy tiada masalah resdung.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Polip hidung
- Sinusitis
- Alahan
- Jangkitan pada sistem pernafasan seperti influenza
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
Antara gejala-gejala jangkitan covid adalah seperti berikut:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Gejala yang kurang sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi dan otot
- Cirit birit
- Ruam di kulit, atau jari kaki dan tangan menjadi biru
- Mata menjadi merah
Gejala yang lebih serius:
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bercakap atau bergerak
- Sakit dada
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak