Sulit
2 tahun
Hilang deria bau selepas selsema. Adakah petanda covid juga?
Beberapa hari yang lalu saya telah mengalami symptoms post vaccines selepas suntikan dos kedua yg menyebabkan saya demam sekejap2 dan kesejukan tetapi telah pulih selepas 3 hari. Saya juga mengalami selsema hidung tersumbat yang mengakibatkan deria bau saya hilang. Saya tidak dapat membau seperti biasa. Hidung saya masih terasa pedih seperti selsema sedang kan hidung saya tidak lagi berhingus. Seakan akan ada sesuatu yang menghalang saya dari dapat membau. Adakah ianya petanda covid atau hanya gejala flu biasa? Terima kasih Doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mengalami simptom selepas vaksinasi seperti demam, kesejukan, yang telah pulih selepas 3 hari, mengalami masalah selsema hidung tersumbat, hilang deria bau dan anda sedang khuatir jika anda menghidapi covid-19.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa simptom yang boleh terjadi setelah anda dikenakan vaksin covid-19 kerana tubuh badan anda sedang memberi tindak balas kepada vaksin tersebut dan sedang membina perlindungan didalam badan anda, antara simptomnya adalah:
demam
Keletihan
Pening kepala
Menggigil
Sakit badan
Batuk
Hilang deria bau dan rasa
Sekiranya simptom yang disenaraikan diatas berlarutan dan tidak berkurang walaupun setelah mengambil ubat-ubatan, anda perlu mendapatkan ujian saringan covid-19 atau nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.