Sulit
4 tahun
Hilang deria bau selepas
Saya berumur 45thn,selepas vaksin Sinovac pertama, pada hari ke 4 hidung Saya sumbat Dan hilang deria bau/rasa, adakah ini Antara kesan2 lepas suntikan vaksin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut, hilang deria baru dan rasa bukan kesan sampingan umum selepas vaksin. Anda perlulah kemas kini status anda dalam app MySejahtera, jawab soalan berkaitan dan menghubungi vaksin hotline dengan 1-800-88-8828 dalam app MjSejahtera anda untuk laporkan kesan anda dengan lanjut.
Mungkinnya anda perlu mengambil ujian covid untuk mengenal pastikan status anda. Sila merujuk masalah ini kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454 dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























