
Sulit
3 tahun
Hilang deria bau setelah vaksin AZ dos kedua
Saya mengalami selsema serta hilang deria bau setelah sehari mengambil dos kedua astrazeneca. Adakah perkara itu normal? Apakah cara untuk mendapatkan deria bau kembali? Hari ini merupakan hari ketiga selepas vaksin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan daripada vaksin covid 19 adalah:
- demam
- keletihan
- sakit kepala
- cirit-birit
- sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini