
haronaina
5 tahun
Hilang selera makan, hilang minat, selalu rasa sedih dan pemikiran bercelaru
Saya pelajar berumur 20 tahun. Sejak seminggu lalu, saya hilang selera makan saya hanya minum air dan makan sekeping roti sahaja sepanjang hari. Saya hilang minat terhadap perkara yang saya selalu buat tiap petang iaitu riadah dan saya hanya ingin duduk di dalam bilik dan tido ketika masa terluang. Sepanjang hari itu, saya berasa sedih sampai ketika bercakap dengan kawan saya berasa sebak. Saya selalu memikirkan tentang apa yang family saya mahukan sehinggakan saya hilang minat terhadap apa yang saya buat. Pemikiran saya jadi bercampur apabila saya berasa ingin berhenti dalam kelab yang saya sertai pada setiap petang. Dalam masa yang sama, degupan jantung saya sering laju. Saya ingin pendedahan apakah yang berlaku dalam diri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kemurungan
- tertekan/ tekanan emosi
- masalah hormon tiroid yang rendah
- sindrom premenstrual
- kurang sel darah merah
Pertama sekali tahniah kerana anda mendapatkan bantuan doktor bagi menyelesaikan masalah anda dan tidak memendam masalah tersebut sendirian. Anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi bagi mengecualikan masalah kesihatan fizikal. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.