
Sulit
4 tahun
Hilang Selera Makan - Rasa Ingin Muntah Apabila Makan
Saya berumur 24 tahun dan sudah 1 minggu hilang selera makan. Saya ada cuba untuk menelan makanan tetapi kemudian saya terasa seperti ingin muntah. Jadi saya hanya memperbanyakkan minum air. Adakah saya perlu berjumpa doktor? Adakah masalah saya berkaitan dengan penyakit gastrik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana melihat kepada tempoh lamanya kejadian ini, ia kemungkinan adalah merupakan keadaan kronik. Antaranya adalah:
- Post-infectious IBS (keradangan usus pasca jangkitan)
- Akibat food poisoning
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.