
Sulit
4 tahun
Hilang selera makan secara tiab tiba
Saya tak ada rasa nak makan nasi atau makanan lain sejak seminggu yang lalu, biasanya saya suka makan tapi sejak kebelakangan ini saya kurang makan dan minum air. Pada mulanya saya masih ada rasa lapar tapi bila makan tak boleh masuk maknanan itu rasa tak kena tapi akhir ini rasa keinginan nak makan tu berkurang dan kadand saya tak makan pon kenapa ya? Saya cuma makan lauk, kentang, roti atau frozen food (hotdog, nugget) untuk mengisi perut dan disebabkan saya tak makan nasi saya sering alami sakit perut dan cirit birit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti adakah anda mengalami keturunan berat badan yang mendadak, adakah anda mengurangkan kuantiti makanan untuk menurunkan berat badan dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.