Sulit
4 tahun
Hilang selera makan selepas discharge
Hai doktor sy adalah bekas pesakit covid 19 selepas discharge sy mengalami satu perubahan di mana sy tiada selera makan dan makanan yg sy boleh ambil hanya roti sahaja since antibody kita tidak kuat tidak apa ke jika begitu?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala hilang selera makan merupakan salah satu dari gejala awal depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan keyakinan diri
- mahupun gangguan psikososial yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri (i.e. berlapar & tidak makan)
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Umumnya untuk meningkatkan atau memastikan sistem kekebalan tubuh sentiasa di paras optimal, anda perlu mendapatkan nutrisi dan zat yang cukup, oleh itu, saya sarankan anda untuk cuba mencari kekuatan & selera agar dapat mengikuti jadual pemakanan yang sihat.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































