
Anonymous
4 tahun
Hilang selera makan serta sistem penghadaman yang tidak teratur
Saya wanita 20’. Berat saya turun secara mendadak dan saya sering membuang air besar selepas makan malah saya juga sering kehausan dan suhu badan tidak menentu. Saya juga sudah batuk utk beberapa bulan.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh puan.Berdasarkan apa yang anda ceritakan seperti diatas anda berkemungkinan besar megalami simptom simptom RED FLAG yang memerlukan pemerhatian doktor secepat yang mungkin.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan penurunan berat badan dan simptom simptom yang anda dinyatakan tadi seperti berikut:
- Penyakit Tibi
- GERD (sakit Gastrik)
- Kanser di sistem penghadaman dan sebagaimya
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih