
Sulit
5 tahun
Hilangkan ruam bayi dengan losyen calamine
Hello doc,sy nk tanye…boleh ke bayi saya mgunakan losyen calamine untuk hilangkan ruam dibadan nya? Tetapi losyen tue bekas pakai untuk chicken fox…adakah boleh bjangkit skiranya sy mgunakn losyen yg sama untuk hilangkan ruam bayi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan. Untuk makluman pihak anda, anda perlu memeriksa tarikh luput losyen tersebut, jikalau sudah luput tarikhnya, sila jangan berguna losyen itu. Sekiranya anak anda sudah dijangkiti oleh chicken pox, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana sistem immunisasi terhadap virus tersebut telah dibentuk.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ruam ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan boleh dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.