natashajaidie
4 tahun
Hingus berdarah lepas demam
Saya wanita berumur 23 tahun. 5 hari lepas, saya perasan ada darah dalam hingus saya. Sebelum ini, saya mengalami demam selama 3 hari yang kemudiannya menjadi batuk dan selsema. Boleh dikatakan saya kerap membersihkan hidung saya yg tersumbat. Selsema dan batuk semakin pulih tapi hidung saya masih tersumbat dan hingus yang keluar bercampur dgn darah. Namun jika saya batuk mengeluarkan kahak, tiada darah yang keluar hanya kahak berwarna putih. Apakah yang harus saya lakukan? Adakah keadaan ini serius dn memerlukan sy berjumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma kerana selesema teruk
- Keadaan yang panas
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.