
Sulit
4 tahun
Hingus berdarah sudah empat hari
Saya mengalami selsema sudah 4 minggu kemudian empat hari lepas saya pergi ke hospital dan ambil ubat demam dan selsema pada masa selsema saya sudah berkurang sedikit tetapi berserta dengan darah sudah empat hari begini. jadi adakah saya perlu berjumpa dr. Semula atau bagaimana

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma akibat hembusan hingus yang kuat
- cuaca terlalu panas
- suhu badan anda tinggi kerana jangkitan virus/ kuman
- masalah darah seperti kurang bahan pembeku (kebiasaannya genetik)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.