
Sulit
5 tahun
Hingus kuning berdarah, demam panas, sakit kepala, batuk, sakit tekak dan ketidakselesaan brnafas
Saya lelaki berumur 20-an mengalami demam panas selama 2 hari bturut-turut. Pada mulanya, saya mengalami sakit kepala bahagian belakang diikuti sakit belakang. Saya dapati suhu di kepala meningkat hingga menyebabkan demam panas. Akibatnya, saya merasakan tekak atas saya mengeluarkan bau darah dan terasa menelan darah. Saya pun mengambil 2 biji panadol untuk mengurangkan demam dan sakit kepala. Waktu saya tdur sambil demam, saya menggigil kesejukan walaupun kipas telah dimatikan. Keesokan pagi, tubuh saya berasa lemah dan sakit kepala. Selepas itu, saya mandi untuk ke kelas. Saya membuang hingus di bilik mandi mendapati hingus saya kuning bercampur darah. Keesokan malam saya tidak tahan dan risau disebabkan saya sakit kepala dan suhu badan naik, saya bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Setelah mendapat rawatan, saya diberikan ubat sakit tekak, panadol, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik. Kemudian hari saya merasakan kepala saya berdenyut sakit dan hingus saya kembali bercampur darah. Apakah saya menghidap sinusitik atau pneumonia atau denggi atau sebaliknya? Kerana saya beberapa kali sakit kepala dan berkali-kali hingus saya bercampur darah dan kadang-kadang saya tidak selesa bila bernafas.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia), kemungkinan besar oleh bakteria.
- Jangkitan kerongkong (Pharyngitis)
- Denggi
- Jangkitan sinus (Sinusitis)
Kenampakan anda sudah mendapat ubat rawatan terutamanya antibiotik yang boleh membasmi kuman. Ini akan mengambil masa beberapa hari untuk membasmi kuman yang banyak dalam badan anda, anda perlu mengikuti nasihat doktor dan bersabar untuk menunggu kesan ubat ini untuk membunuh kuman-kuman tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.