
Sulit
3 tahun
Hipertensi pulmonari
dokter, apa kah penghidap hipertensi pulmonari bisa diobati, dan bagaimana cara nya sesrorang menghidapi hipertansi pulmonari

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami hipertensi pulmonari dan akan cuba membantu.
Hipertensi pulmonal adalah keadaan yang berlaku apabila terdapat peningkatan tekanan darah sistem kitaran pulmonari lebih daripada tahap normal. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan tekanan di dalam salur darah menjadi tinggi adalah kerana saluran di dalam arteri menjadi sempit. Antaranya :
- Terdapat ‘thrombus’ iaitu platelet yang berkumpul dan menyumbat bahagian dalam salur darah.
- Ketumbuhan di dalam salur darah seperti angiosarcoma.
- Ateritis iaitu keradangan di dalam salur darah yang disebabkan oleh jangkitan ataupun serangan imuniti daripada tubuh badan sendiri (penyakit auto-imun).
- Saluran ateri sempit sejak dari lahir yang dikenali sebagai “congenital pulmonary artery stenosis”
- Jangkitan parasit seperti hydatidosis yang disebabkan oleh parasit Echinococcus.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh mengubati kondisi ini yang termasuklah Prostaglandin, Endothelial receptor antagonist dan Phosphodiesterase type 5 inhibitorPDE. Ubat-ubatan ini akan diberikan oleh doktor anda mengikut kesesuaian anda kerana hipertensi pulmonari mempunyai pelbagai variasi dan rawatan bagi setiapnya berbeza-beza mengikut puncanya.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.