
Sulit
4 tahun
Hipertiroid dan jamu
Saya berumur 33 tahun, saya baru 2 bulan disahkan menghidap penyakit hipertiroid, sekarang saya makan ubat hospital carbimazole 3 biji pagi & malam propanolol setengah biji sehari boleh ke saya ambil suplement tambahan seperti jamu manjakani asli & jamu pueraria mirifica?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, anda boleh mencari alternatif pemakanan yang lebih sihat tanpa menggunakan produk seperti:
- perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan nutrisi yang badan anda perlukan
- buah-buahan kering (kurma ) boleh membantu menjadi makanan tambahan yang sihat
Anda perlu merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia jika anda ingin mencuba produk yang anda nyatakan supaya ia selamat diguna dan tidak membawa apa-apa kemudaratan.
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.