
Sulit
4 tahun
Hipertiroid dan masalh prnafasan
Sy wanita 21 thun yg mnderita hipertiroid…apa yg membimbangkn sy adalah…prnafasan sy mnjd x lancr.Adakh hiprtiroid sy ini mempengaruhi sistem prnfasan sy?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pernafasan tidak lancar dan anda runsing jika ini berpunca daripada hipertiroid.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa simptom hipertiroid yang diketahui setakat ini, iaitu:
- Penurunan berat badan walaupun tabiat makan normal.
- Degupan jantung laju atau tidak sekata
- Degupan jantung yang boleh dirasa menggunakan tangan
- Kegelisahan dan tidak tenang
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Masalah tidur
- Rambut menjadi lebih halus atau keguguran rambut
- Selera makan yang tinggi
- Lemah, serta muntah dan loya
- Payudara lelaki yang membesar
Sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Terdapat kajian atau bukti yang mengatakan bahawa pernafasan tidak lancar boleh berkait dengan penyakit hipertiroid. Kami juga sarankan anda untuk memantau simptom-simptom bahaya yang boleh berkait dengan gejala hipertiroid seperti:
- Pening kepala
- Hilang kesedaran
- Degupan jantung yang laju dan tidak sekata.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.