
amiemeyra
5 tahun
Hiponatremia berbahaya atau tidak?
Apakah jenis penyakit ini berbahaya? Maksud penyakit ini dan punca?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, hiponatremia adalah kekurangan sodium dalam darah. Ianya boleh membahayakan jika paras sodium berada pada tahap yang sangat rendah. Hiponatremia boleh disebabkan:
- Kesan ubat - seperti ubat darah tinggi
- Penyakit Addison, hipotiroid
- Kegagalan organ hati, jantung atau buah pinggang
- Cirit-birit dan muntah
Sekiranya paras sodium tidak teruk, maka ianya boleh distabilkan oleh pengambilan air garam. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.