
Sulit
4 tahun
Hiv dan Ingin hamil semula
Hello doctor… saya seorang pesakit RVD… D Kenali sebagai retro virus disease (hiv) , saya melahirkan anak pada januari 2020… dan telah melakukan BTL atas paksaan doctor tmpt saya melahirkan , sedangkan doctor pakar tempat sya selalu follow up tak bagi saya melakukan BTL tersebut… sekarang viral load saya undetec… saya dan suami merancang untuk membuka semula btl , adakah boleh melakukan proses pembukaan btl ni? Memandangkan keputusan cd4 dan viral load saya juga ok… bagaimana doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, proses pembukaan atau rawatan pembalikan pengikatan tiub (bilateral tubal ligation) boleh dilakukan tetapi bergantung pada teknik prosedur BTL yang dilakukan oleh doktor anda.
Memandangkan anda adalah pesakit HIV anda perlu tahu bahawa anda berisiko untuk jangkitan, saya nasihatkan untuk anda berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan langkah-langkah keselamatan kesihatan anda sebelum melakukan apa-apa prosedur pembedahan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.