
Sulit
3 tahun
How to avoid pregnant for planning
isteri saya skrg mengalami mual2, sakit pada bahagian rahim dan keram ke tandas buang air kecil. saya baca di web sbgai tanda hamil… bagaimana cara saya nak mengelakkan untuk terjadi kerana kewangan kami masih belum mencukupi dan kami masih dalam fasa belum mahu ada anak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda kehamilan dan gejalanya adalah seperti yang berikut:
- Tidak datang haid
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Keletihan
- Payudara rasa pedih dan membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit atau pening kepala
- Kerap membuang air kencing
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita dan sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan.
Untuk mengesahkan status kehamilan, beberapa ujian boleh dilakukan seperti berikut:
A) Ujian kencing (UPT)
Hormon hCG dikesan melalui sama ada ujian air kencing atau darah. Ujian air kencing mungkin disediakan di klinik, tetapi ini adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah, UPT. Semasa mengambil ujian kehamilan di rumah, baca arahan dengan teliti. Ulangi ujian selepas beberapa hari jika anda mendapat keputusan negatif dan masih tidak mendapat haid anda. Kelebihan terbesar untuk melakukan ujian jenis ini adalah mudah didapati dan murah.
B) Ujian darah
Ujian darah adalah pilihan lain. Hormon hCG boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Perbezaannya ialah hormon hCG boleh dikesan melalui darah dengan lebih mudah, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Ujian darah boleh dibuat sebaik sahaja enam hari selepas ovulasi.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).