
Sulit
3 tahun
Hubungan di awal kehamilan
Saya umur 29 tahun dan Isteri saya 27 tahun. Isteri saya sedang hamil lebih kurang 8 minggu dan mempunyai sejarah keguguran ketika hamil 3 bulan dalam tempoh 5 bulan lepas. Last check up di klinik kesihatan doktor cakap setakat ini kandungan adalah normal. Adakah selamat untuk kami bersama dalam tempoh ini?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh bersama dengan isteri anda pada bila-bila masa dalam tempoh kehamilan ini.
Adalah tidak membawa masalah jikalau suami dan isteri bersama pada waktu ini.
Lebih-lebih lagi, ini hanya akan mengeratkan lagi hubungan anda.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.