
Sulit
5 tahun
Hubungan tanpa pelindungan
Apakah yang perlu saya lakukan selepas melakukan hubungan tanpa sebarang pelindungan dalam masa yang sama saya menyusukan anak 2 bulan.setahu saya makan Postinor?tetapi seharusnya memberhentikan penyusuan dalam tempoh tertentu. Jadi adakah cara lain ataw ubat yang boleh saya ambil tanpa memberhentikan penyusuan kerana anak 2bulan fully breastfding tanpa sebarang campuran susu formula.
Terima kasih😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, penggunaan pil tersebut hanya sekali tidak akan mengganggu jumlah susu anda. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan keluarga kerana pil tersebut tidak boleh digunakan secara kerap lebih-lebih lagi anda sedang menyusu. Hubungi kami untuk mengetahui alternatif selamat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.