Sulit

3 tahun

Hubungrapat dengan Pesakit Covid-19

Anak saya telah membuat kuarantin kendiri sejak 10 hari yang lepas apabila mendapat tahu rakan sekerjanya disahkan positive covid-19.Sehingga kini pihak KKM tidak menghubungi anak saya untuk membuat swab test walaupun dia pernah berhubung rapat dengan rakan sekerjanya itu.saya ingin mendapat nasihat dan pandangan dari doktor apakah perlu anak saya buat seterusnya adakah dia perlu pergi untuk membuat swab test(PCR) atau terus kuarantin sehingga 14 hari.Untuk makluman semalam anak saya telah membuat ujian antigen test.Adakah perlu dia membuat PCR test jugak?Sehingga kini tiada simptom dialami.Sekian terima kasih

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Untuk makluman anda, kegunaan RT-PCR (Real Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) dan RTK antigen adalah sama iaitu mengesan antigen virus COVID-19 yang terkandung dalam sampel swab yang diperolehi dari ruangan hidung ( Nasopharyngeal swab ). Namun, perbezaannya adalah dari tempoh masa untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut. Ujian saringan RT-PCR test memerlukan masa 2-5 jam bagi mendapatkan keputusan, manakala ujian RTK memerlukan hanya 30 minit. Selain itu, keputusan RT-PCR adalah juga lebih tepat berbanding ujian RTK dan merupakan gold-standard diagnostic test bagi jangkitan COVID-19.

Seperti yang dikatakan, RT-PCR memberi keputusan yang lebih muktamad dan sahih berbanding RTK antigen test. Kadangkala, RTK antigen test ini akan mengeluarkan keputusan negatif palsu dimana pesakit tersebut mempunyai sampel yang tidak sah tetapi mengalami simptom-simptom jangkitan COVID-19. Oleh itu sekiranya situasi tersebut berlaku, sampel tersebut akan diuji semula menggunakan RT-PCR bagi mengesahkan keputusan negatif tersebut.

Individu yang perlu melakukan ujian saringan adalah mereka yang mempunyai gejala atau kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]

Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Terima kasih.

image

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)