
Sulit
4 tahun
Hujung jari kering, mengelupas, menjadi luka nampak isi dalam
Saya wanita berumur 32, pada mulanya saya ingat mungkin badan saya menyingkio toksin dlm badan, ada juga sy terfikir mungkin makan makanan yg terlalu berminyak dll. Sy tidak pernah cuba utk mendapatkan bantuan dengan ke klinik. Luka inj akan sembuh dalam masa seminggu dua dan kekerapan jari saya jadi begini dalam sebulan 2-3 kali… selalu dlm 3 btg jari akan serentak jadi.


5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal dan kering yang anda alami ini boleh disebabkan:
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.