Sulit
4 tahun
Hye doc susah untuk hamil
Saya sudah brkahwin 6 tahun dan anak pertama saya 4 tahun skarang…dan kami mncuba untuk anak kedua almost da 1tahun mncuba tetapi tiada rezeki…mngkin kah follopion tube saya sumbat sbb period cycle saya regular setiap bulan dan apabila cek opk saya ketemu waktu subur juga tetapi smpai skarang tiada rezeki
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keteraangan yang anda berikan, masalah sukar hamil ini memerlukan pemeriksaan kedua-dua pihak iaitu anda dan suami anda. Antara faktor sukar hamil adalah:
- Faktor wanita - masalah seperti Sindrom Polisistik Ovari, masalah tiub Fallopian
- Faktor lelaki - seperti sperma tidak cukup atau tidak aktif
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda dan suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.