Sulit
5 tahun
Hyperprolactinemia dalam kalangan lelaki
Saya merupakan penghidap masalah hyperprolactinemia (paras melebihi 2000) yg sedang dalam proses rawatan di HKL. Sedang mengambil ubatan Cabergolin secara mingguan dan suntikan hormon testosterone secara bulanan. apakah diet pemakanan yang sesuai untuk saya amalkan? adakah apa2 ubat-ubatan yg tidak boleh diambil ketika mengambil kedua2 ubat yg sy makan itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda harus bertanyakan pakar pemakanan tentang diet yang sesuai untuk anda kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Ubat yang anda tidak boleh makan dengan Carbagoline ialah ubat antipsikotik, lorcaserin, metoclopramide dan prochlorperazine. Testerone ialah supplemen hormon yang banyak interaksi dengan ubat lain seperti adderall, aspirin, insulin, fish oil dan sebagainya. Oleh itu, anda digalakkan untuk bertanya dengan ahli farmasi yang bertugas sekiranya anda ingin membeli ubat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































