
Sulit
3 tahun
Hyperthyroid boleh ambil vaksin?
Saya wanita umur 25 tahun, ada hyperthyroidism. Bolehkah saya mengambil vaksin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai tahap kesihatan anda dan juga mengenai vaksin yang ingin diambil oleh anda untuk memberikan nasihat yang tepat.
Secara amnya, sekiranya seseorang mempunyai masalah hyperthyroidism tetapi ia dikawal dengan baik, mereka boleh menerima vaksin. Namun, ini adalah secara umum, dan untuk memastikan pengambilan vaksin berjalan secara lancar tanpa kesan sampingan yang teruk kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk menilai tahap kesihatan anda.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut berkaitan perkara ini.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini