
adieqnur79
5 tahun
Hyperthyroid dan pregnant 8 minggu
hi doktor. saya penghidap penyakit hyperthyroid dan kini disahkan mengandung 8 minggu. dua tahun lepas doktor sahkan saya mempunyai cyst diperut. oleh kerana saya mempunyai hormon tiroid yang tinggi dan tidak mahu anak yg dilahirkan nanti mempunyai masalah boleh ke saya ambil pil gugur kandungan? mohon penjelasan doktor. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hyperthyroidism adalah suatu keadaan apabila kelenjar tiroid membuat terlalu banyak hormon tiroid. Ini menyebabkan metabolisme anda lebih cepat.
Merujuk kepada keinginan anda untuk menggugurkan kandungan kerana khuatir janin terkena masalah. Sebetulnya masalah tiroid bukanlah merbahaya sehingga tidak dapat disembuhkan. Apa yang penting adalah agar anda mendapatkan perawatan untuk penyakit tiroid ini semasa mengandung. Malah, sebenarnya penyakit tiroid yang tidak dirawat yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada seorang wanita dan janinnya semasa kehamilan. Dengan rawatan, kebanyakan wanita hamil dengan penyakit tiroid boleh mempunyai bayi yang sihat.
Memandangkan hal ini memerlukan tindak lanjut berupa perawatan dan perbaikan kandungan hormon, adalah sangat digalakkan untuk anda berbincang dengan doktor anda. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.