Sulit
5 tahun
Hypertrophic Scar di bahagian hidung
Hi Dr, saya mengalami masalah hypertrophic scar kawasan hidung saya. Apa rawatan terbaik untuk menghilangkan hypertrophic scar ini? Saya telah mengalami masalah ini hampir 8 tahun. Pada mula nya saya ingatkan ianya jerawat biasa. Selepas saya terbaca dalam satu artikel mengatakan bahawa ianya merupakan hypertrophic scar. Oleh itu boleh saya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sebelum anda melakukan rawatan untuk parut anda, saya nasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengenal pasti masalah parut yang anda alami.
Untuk makluman anda, parut merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Sebetulnya, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Umum mengetahui bahawa penampilan dan perawatan parut adalah bergantung pada pelbagai faktor. Perawatan parut dapat terdiri atas krim, gel, pembedahan dan juga suntikan. Bagaimanapun, keputusan ini harus diambil dengan rekomendasi daripada doktor pakar.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































