
Sulit
5 tahun
Hypertyroid + hypotyroid
Hai dktr… Nma sya anyss… Sya ada mslh hypertyroid dh 3 thn… Dr thn 2016 smpi skrg… Awl thn 2018 dktr suh sya stop mkn ubt… Bln 9 baru ni dktr suh sya mkn ubt semula… Dn bln 12 baru2 ni dktr suh sya stop mkn ubt kata nye sya hypo… Sya btl2 x fhm… Blh dktr jelaskan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maksud hyper adalah berlebihan, hypo pula bermaksud berkurangan. Semasa anda mengambil ubat untuk masalah hyperthyroid, ubat ini akan mengurangkan tahap hormon tiroid ini dalam badan supaya tidak menyebabkan gejala hypertiroid. Kadang kala, ubat ini akan mengurangkan hormon tiroid anda sampai tahap hypotiroid, ini juga akan menyebabkan masalah.
Oleh itu, doktor anda berperanan untuk menjaga tahap hormon tiroid ini dan membuat keputusan untuk makan ubat atau tidak. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.