
Sulit
4 tahun
Hypophrenia dan post traumatic stress disorder itu perkara yang sama atau bukan
Saya remaja 15 tahun yang mengalami trauma yang amat teruk, saya akan mudah menangis atau takut sekiranya sesuatu perkara berlaku sama seperti yang tlah saya alami, adakah saya penghidap Hypophrenia atau post traumatic disorder?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mudah menangis & sering berasa takut merupakan salah satu dari gejala psikologi yang mendebarkan dan sememangnya perlu diberi perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan fobia yang lain (i.e. klinofobia, somnifobia, hipnofobia, insomnia, dll)
- gangguan depresi atau penyesuaian keadaan
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikiatri untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / was-was
- cuba mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Untuk pengetahuan anda juga post traumatic stress disorder merupakan gangguan cemas yang berlaku akibat sejarah hitam atau pengalaman yang menggusarakan, berbeza dengan hypophrenia yang boleh disebabkan oleh kelainan mental sejak azali.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.