
ruhaya66
5 tahun
IBS kerap buang air besar dan mengganggu kerja
Kerap buang air besar wslaupun maksn pagi hanya nasi 5 sudu besar dan telur rebus. Tghri dan mlm makan buah dan air kosong sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diet - pengambilan makanan yang kaya dengan fiber serta air
- Pengambilan bahan makanan ataupun minuman yang mengadungi kafien
- Tertekan/stress
- Ubat-ubatan dan antibiotik
- Alahan perut ataupun usus terhadap makanan iaitu ( celiac disease )
- Sindrom keradangan pada usus ( irritable bowel syndrome )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.