
Sulit
4 tahun
Ibu bersalin melahirkan anak perempuan sulung telah mengeluarkan cecair seakan nanah yang berbau di bekas jahitan beliau
isteri saya berusia 30 tahun baru sahaja melahirkan anak sulung perempuan pada 2 september 2020 cesarean :emergency :lscs
indication : abnormal ctg sa bagaimanapun ketika ini kesan jahitan di perut isteri mengeluarkan cecair berbau seakan nanah secara berterusan.apakah tindakan lanjut yang saya boleh lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Luka yang bernanah membawa maksud jangkitan luka. Oleh itu, langkah yang sewajarnya diambil oleh anda ialah pergi ke klinik untuk membersihkan luka dan menjalani pemeriksaan am untuk mengenal pasti sebarang jangkitan sistemik.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.