
Sulit
3 tahun
Ibu hamil dgn pengambilan vaksin AZ
Sy berumur 26 tahun dan sedang hamil dlm 14 minggu…Sy mendpt panggilan vaksin AZ under syarikat bekerja…Bagaimana dgn situasi ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan panduan yang diberikan oleh KKM, vaksin AstraZenecca selamat digunakan oleh wanita hamil pada tempoh antara 14-33 minggu kehamilan. Oleh itu, anda boleh mengambil vaksin tersebut sekiranya tiada masalah perubatan yang lain.
Anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-88-828 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini