Sulit
2 tahun
Ibu hamil positif covid-19 stage 4
Saya ibu hamil 32 minggu dan bekas positif covid-19 stage 4. Bolehkah saya mengambil vaksin atau perlu tunggu selepas 3 bulan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Berdasarkan bagaimana vaksin ini berfungsi dalam tubuh badan manusia, para saintis percaya ia tidak sepatutnya mendatangkan risiko kepada kandungan anda. Namun begitu, masih terdapat data yang terhad tentang vaksin ini untuk ibu mengandung. Saya sarankan anda untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah anda ataupun MySejahtera untuk memaklumkan tentang hal ini.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini