fthn.yhy
5 tahun
Ibu jari bengkak serta tidak dapat dibengkokkan
Saya berusia 24 tahun, sebenarnya sudah dua kali saya berasa sakit berkaitan dgn ibu jari. Pertama pd bulan lepas tapi sakit tu hilang sendiri. Namun dua tiga hari lepas dia menunjukkan simptom yg sama mcm kes pertama. Ibu jari tidak dpt dibengkokkan, kebas malah saya tidak kuat untuk memegang apa2 barang dgn tangan saya yg sakit ini dan yg paling ketara hari ini ada benjolan/ bengkak di bawah ruas pertama ibu jari. Rasa berdenyut dan agak ngilu. Apa perlu saya buat? Patutkan saya biar terlebih dahulu supaya ia dapat surut dengan normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan serta sakit pada ibu jari anda mungkin berpunca:
- Kista ganglion - bengkakan saraf
- Radang tendon ibu jari
- Kista berserta jangkitan pada ibu jari
- Gigitan serangga
- Ketuat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































