Sulit
6 tahun
Ibu jari kaki kiri kanan kebas dan rasa saki
Saya lelaki umur 23 tnggi 171 berat 88 . Ibu jari kaki saya kiri dan kanan berasa kebas d bahagian luar dan rasa sakit . Sebelum ni saya memakai selipar yang sempit dan lepas tu sakit . Ada kah simptom2 sakit lain doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma
- Gout
- Kencing manis
- Masalah salur darah seperti penyakit arterial
- Masalah tulang belakang dan saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





























