Sulit
4 tahun
Ibu jari kaki kiri membengkak dan ada darah beku
Sy telah mendapatkn suntikan vaksin pada 19.7.21,pada 5. 8.21 sy mengalami sakit kepala yg luar biasa berdenyut dan pandangan sy kdng2 berpinar, dan dlm masa yg sama sy mengalami bengkak pada ibu jari kaki. Sy pergi ke klinik utk mendapatkn rawatan dan doktor memberikan ubt bagi melegakan bengkak, selama 5 hari mengambil ubt yg diberikan bengkak mula surut tetapi kuku jari kaki tersebut jadi membiru mcm terdapat darah beku, bila sy sentuh dan tekan tak mendatangkan rasa sakit.
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























