
Sulit
4 tahun
Ibu mengandung boleh minum susu dutch lady pure farm?
hai dr , saya sedang hamil … dan saya bukan penggemar susu…skrg mengamalkan makan suppliment calcium daripada klinik… jadi boleh kah sepanjang saya hamil saya hanya mengambil susu kotak dutch lady pure farm berperisa coklat ? adakah ia boleh untuk saya yg sedang mengandung ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ibu mengandung boleh meminum susu berkenaan dalam kadar yang memadai. Susu adalah sumber kalsium yang penting untuk kesihatan. Bagi ibu mengandung penting untuk memilih susu yang telah dipasteur (pasteurised milk) untuk diminum.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih