
Sulit
4 tahun
Ibu mengandung kandungan bayi
pergerakan jandungan tidak terjadi seperti kebisaan.isteri mengandung 7 bulan

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Bayi tidur dalam kandugan
- Tanda-tanda bersalin
- Ibu yang terlalu sibuk hingga tidak perasan pergerakan anak
- Kesan sampingan ubatan
- Ibu yang mempunyai masalah anemia
- Air ketuban yang sedikit
- Masalah yang lebih serius pada kandungan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah pergerakan kandungan berkurang mempunyai pelbagai sebab. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.