
Sulit
4 tahun
Ibu Tunggal Tetapi Tidak Period
Saya berusia 40 tahun, seorang ibu tunggal mengalami masalah gangguan haid. Keadaan ini berlaku selama beberapa bulan dan ia amat meresahkan saya. Apa yang boleh sy lakukan? Apa faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah gangguan haid seperti haid lewat atau tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh anda dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh melakukan beberapa perkara ini sebagai usaha untuk mengembalikan haid:
- Mengurangkan berat badan: Penurunan berat badan dapat mengembalikan kitaran haid seseorang
- Mengamalkan amalan gaya hidup yang aktif
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang
- Melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan stres atau tekanan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.