
Sulit
3 tahun
Ikhtiar hamil dengan asid folik appeton
saya seorang wanita berkahwin setahun 5 bulan…belum ada rezeki anak…bilakah saya perlu ambil asid folik pagi @ malam.berapa lama saya perlu ambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang cara penggunaan asid folik. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk makluman anda, dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil.
Asid folik boleh diambil sebelum atau selepas makan. Jika terlupa ambil sebaik sahaja anda teringat. Anda tidak perlu menambah dos jika terlupa mengambil asid folik pada hari sebelumnya dan ambil mengikut dos seperti biasa.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.