
Sulit
3 tahun
Ikhtiar hamil tapi ambil vaksin ASTRAZENECA
Saya berusaha untuk mendapatkan zuriat 2tahun lebih. Dan terus berusaha. Adakah sesuai untuk sy divaksinkan dengan vaksin ASTRAZENECA. Sukar untuk sy mendapatkan zuriat dan takut kalau dengan vaksin astrazeneca Tolong bagi pencerahan pada sy

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing. Perkara ini penting bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19 terutamanya bagi kakitangan kesihatan, bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Buat masa ini, belum ada data tersedia mengenai pemberian vaksin kepada wanita mengandung. Para pengkaji masih dalam proses meneliti faktor keselamatan, toleransi, dan imunogenik dalam kajian yang dijalankan terhadap wanita yang hamil.
Walaupun tidak dinafikan golongan ini memerlukan vaksin disebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerana data yang tidak mencukupi, pemberian vaksin COVID-19 kepada ibu mengandung (lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada pada minggu ke 14-33 kehamilan) adalah tidak disyorkan buat masa ini. Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita mengandung tersebut mempunyai risiko menjadi rentan, misalnya seorang petugas barisan hadapan. Vaksinasi dapat dipertimbangkan atas kebenaran dan nasihat pakar.
Namun pengambilan pil perancang tidak menjadi halangan bagi mereka yang ingin turut serta mendapatkan vaksin COVID-19.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini