
Sulit
5 tahun
Ikhtiar untuk hamil lagi
#saya umur 20 tahun,saya pernah mengandung hujung tahun lepas,tapi waktu umur kandungan saya 1bulan 2mnggu dokter sahkn kandungan saya itu d luar rahim,dan terpksa melakukan pembedahan,lepas operation d lakukan dokter memberitahu kepada sya ,fallopio sya sbelah kanan terpksa d buang sebab bocor,janin membesar di fallopio.
jadi adakah peluang saya untuk hamil tipis dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, fallopian tube adalah tempat terjadinya persenyawaan antara sperm dan ovum sebelum diimplantasi di rahim. Justeru, apabila sebelah fallopian tube sudah tiada, masih terdapat satu lagi fallopian tube untuk menjadi tempat persenyawaan sewaktu hamil.
Sebetulnya, ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan tidak hanya dipengaruhi oleh kondisi fallopian tube sahaja. Maka, tidak perlu khuatir kerana antara penyebab utama ketidaksuburan pada wanita adalah:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah dengan organ-organ pembiakan seperti sumbatan fallopian tube
- masalah hormon terkait kelenjar tiroid atau kelenjar pituitari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.