
Sulit
4 tahun
Ikhtihar Hamil untuk anak kedua
Sy umur 32thn,anak pertama umur 9thn,sy nak anak kedua tapi masalah sy period Tak teratur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa cara untuk anda merancang keluarga. Disebabkan anda mengatakan haid anda tidak teratur, perkara ini perlu diberikan perhatian terlebih dahulu. Anda boleh mengambil pil perancang, suntikan depo atau beberapa kaedah lain untuk merancang keluarga. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa cara untuk merancang untuk deperiksa oleh doktor.
Cara lain adalah anda boleh bersama dengan suami dengan lebih kerap ataupun melakukan kehamilan in vitro.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dan mendapat penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.