
Sulit
5 tahun
Iktihar hamil dengan pil perancang yasmin
saya berumur 30thn dan sudah berkahwin 3 tahun.saya masih belum di kurniakan rezeki anak lagi…saya ada masalah period yg tidak teratur dan sy ada berjumpa dgn doktor…so doktor syorkan sy mengambil pil perancang yasmin for 4 cycle untuk period turun setiap bulan…yasmin perlu di makan hari ke 7 period saya sehingga 21hari…adakah dgn cara makan pil perancang yasmin ni sy berpontensi untuk mengandung?apakah kesan sampingan pil perancang yasmin?thank you

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penggunaan pil perancang Yasmin adalah bertujuan samada untuk mencegah kehamilan ataupun mengawal kitaran haid supaya lebih teratur. Untuk penggunaan agar kitaran haid teratur, ianya selalunya disyorkan oleh doktor untuk beberapa kitaran haid sahaja. Namun jika setelah mempunyai kitaran haid yang teratur dan masih tidak mampu untuk hamil, anda dan suami anda perlu merujuk dengan lebih lanjut agar puncanya boleh disiasat. Kesan umum pil perancang ini adalah seperti sakit kepala dan naik sedikit berat badan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.